ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan longgokan insulator atau penebat di kawasan seluas kira-kira 7,200 kaki persegi di sebuah kilang dipercayai beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani semalam.
Pengarah JAS Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata sebaik menerima maklumat mengenai kewujudan longgokan itu, beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan dan didapati kawasan bangunan yang menempatkan sisa tersebut telah ditinggalkan serta tidak lagi beroperasi.
"Longgokan tersebut adalah longgokan penebat yang telah dipisahkan daripada wayar.
"Bahan yang tertinggal ini adalah buangan sisa pepejal dan JAS akan maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk tindakan selanjutnya.
"Kilang disyaki kilang haram dan tiada sebarang tanda nama kilang dijumpai," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata wayar sekerap yang masih belum diproses dikategori sebagai buangan terjadual namun jika telah dipisahkan lapisan luar wayar, ia dikategorikan sebagai sisa pepejal.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang Adam Loh Wei Chai berkongsi mengenai longgokan sisa itu di laman Facebook pada 2 Feb lepas.
"Terjumpa sisa yang dipercayai adalah sisa kitar semula di sebuah kilang yang tidak disewa di kawasan perindustrian Bakar Arang. Kami telah melakukan tinjauan menggunakan dron menunjukkan bahawa sisa tersebut meliputi kawasan yang luas dan ketinggiannya mungkin mencapai sehingga tiga tingkat.
"Dalam musim kemarau ini, keadaan tersebut boleh membawa risiko kebakaran yang serius. Aduan mengenai hal ini telah disalurkan kepada pihak agensi kerajaan untuk tindakan lanjut," tulisnya dalam hantaran itu yang turut disertakan video longgokan sisa tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Adam Loh berkongsi mengenai longgokan buangan sisa pepejal di Kawasan Perindustrian Bakar Arang itu menerusi Facebook beliau pada 2 Feb lepas. - Facebook Adam Loh
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
JAS Kedah kesan longgokan sisa insulator, disyaki diproses kilang haram
JAS dapati kawasan bangunan yang menempatkan sisa tersebut telah ditinggalkan serta tidak lagi beroperasi.
Kilang lebur logam haram diserbu
Pengoperasian kilang haram itu dikesan hasil daripada aduan orang awam.
Usah lagi bertoleransi dengan kilang yang cemarkan sungai - Aktivis
Kilang-kilang haram perlu dibanteras sebaiknya kerana didapati melakukan banyak pencemaran air sebelum ini.
JAS arah kilang haram e-sisa di Juru ditutup serta-merta
Kilang itu didapati menjalankan peleraian buangan elektrik dan elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual.
Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim - Tuan Ibrahim
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.
5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram - Exco Selangor
Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai.
'Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor
Ramai pihak juga salah faham dan mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
Isu Air Selangor: Mengapa beri peluang kepada pemilik kilang haram?
Selepas krisis bekalan air yang baru sahaja ke arah kembali ke normal, mengapa perlu tunggu sehingga hujung tahun".
Sultan Selangor titah rumah, kilang di tebing sungai dirobohkan
Baginda menyifatkan kilang haram tersebut berpotensi mencemari anak sungai dan sungai di Selangor.
5 pengusaha kilang haram di Kuala Langat dipenjara
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan operasi serbuan dan notis telah dikeluarkan kepada pengusaha kilang haram kitar semula plastik import di Kuala Langat.